Dh lama rasanya x menaip dlm blog ni.rndu rasanya nk mluahkn perasaan.hahaha.. bukan ape,bz mbesarkn putri ksayanganku ni.ditambh pula dgn kesibukan bkerja seharian.nk bukak blog pun xsmpat tp bukak fb smpat plak..hahaha..peace yo..
Xpe,ada masa nanti daku update lg ye.skrg ng tgh mgila wat kek.haha..mcm xcya je leh jd chef.ok,chill dulu.bye.
Pujangga Hatiku
bila jiwa meluahkan rasa....
Sunday, 2 February 2014
Tuesday, 20 December 2011
ARIFF ALFIAN ROSLI PELAJAR MALAYSIA KAHWIN GAY
Isu mengenai seorang pemuda yang memakai baju Melayu serta bersampin dan bertengkolok di kepala sedang mencium pasangannya yang juga seorang lelaki (Eropah) dalam satu majlis perkahwinan bersama pasangan gay’nya,bernama Jonathan telah mencetuskan kontroversi yang hebat diperkatakan di internet.
Berpandukan sumber-sumber yang terdapat di’internet memberitahu bahawa pemuda ini bernama Ariff Alfian Rosli, yang menuntut di Dublin, Republik Ireland,dalam bidang perubatan.Jika benar pemuda ini Ariff Alfian Rosli,maka terjawablah berita mengenai kehilangan seorang pelajar perubatan di Dublin seperti petikan berita mengenainya dibawah.
Untuk pengetahuan anda petikan berita ini akan di’ikuti dengan gambar perkahwinan Ariff Alfian bersama pasangan gay’nya yang tersebar meluas di’internet
KUALA LUMPUR 12 Dis. – Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.
Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.
Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
“Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.
“Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
“Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008),” katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.
Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.
“Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.
“Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu,” katanya.
Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
“Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula,” ujarnya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.
Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.
Wajah Ariff Alfian(gambar kecil)dengan gambar pemuda berbaju melayu dalam perkahwinan gay ini,kelihatan sama.Kalau tidak silap pandangan mata saya.
Jadi,konklusinya Ariff selamat! dan sedang berbahagia menikmati kehidupan dunia barunya.
Pada pandangan saya,apa yang terjadi ini pastinya memberi impak yang mendalam di hati rakyat Malaysia,khususnya bangsa melayu sendiri,kerana budaya melayu sudah terkenal seantero dunia dari segi,adat,kesopanan dan budi pekerti yang baik di’mata dunia.Tetapi ianya telah di’cemari dengan perkara yang tidak di’jangka langsung akan berlaku.
Saya mula memeditasi relevan,kenapa pemuda ini harus mengenakan pakaian tradisi kebanggaan orang melayu di dalam perkahwinan sejenis yang terang-terangan melanggar fitrah kehidupan manusia.Apakah motif dan agenda yang sebenarnya untuk di’sampaikan?
Telajak perahu boleh kita usaha’kan menariknya kembali,tetapi kalau terlajak perbuatan?Walaubagaimanpun haruslah di’jadikan pengajaran buat semua.kerana sebagai penduduk negara Islam,Malaysia,kita perlu mematuhi undang-undang Islam dan undang-undang negara kita walaupun di mana jua kita berada terutamanya di’luar negara
“Kepada pemuda ini kami mendoakan agar pintu hati kamu terbuka dan sedar kesilapan yang anda lakukan ini.Semoga anda kembali ke pangkal jalan untuk menjalani kehidupan normal seperti yang telah di’fitrahkan
Read more: http://www.enciknakal.com/2011/12/ariff-alfian-rosli-pelajar-malaysia-kahwin-gay.html#ixzz1h8IGeBMp
Bekas ratu Venezuela mati akibat barah
CARACAS: Bekas Ratu Venezuela, Eva Ekwall, yang mendapat tumpuan rakyat negara itu sepanjang dia bergelut dengan barah payu dara, meninggal dunia pada usia 28 tahun.
Keluarganya berkata, Eva meninggal dunia Sabtu lalu di sebuah hospital di Houston, Amerika Syarikat.
Eva dimahkotakan sebagai Ratu Venezuela pada 2000 ketika berusia 17 tahun dan tahun berikutnya, dia menduduki tempat keempat dalam pertandingan Ratu Universe di Puerto Rico.
Eva seterusnya menjadi model, aktres dan juga pembaca utama berita televisyen.
Mendiang, ketika hidup, turut menulis sebuah buku, ‘Fuera de Foco’ (Hilang Tumpuan) yang mengisahkan pergelutannya dengan barah, termasuk gambar menunjukkan kepanya botak, dirakam jurugambar Venezuela, Roberto Mata.
Dalam wawancara dengan akhbar El Nacional tahun lalu, Eva berkata selepas buku itu diterbitkan: “Saya perlu menghantar mesej mengenai perlunya pencegahan barah.” Mendiang berkahwin dengan penerbit radio, Fabio Bermudez dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.
Keluarganya berkata, mayat Eva dibakar di Houston Isnin lalu dan upacara memperingatinya akan diadakan sebaik abu mayat itu tiba di Venezuela. – AP
Program paling menjijikkan di tv
ZENO (kiri) makan daging Storm manakala Storm makan daging rakannya itu di depan penonton di studio.
STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.
LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.
Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.
Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.
Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.
Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.
Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.
Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.
“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.
“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”
Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.
Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’
“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” - Agensi
tamat interaksi
Alhamdulillah...setelah penat bertarung minda dan fizikal di IPG , akhirnya berjaya juga kami semua habiskan semester ini terutamanya aku...walaupun pelbagai rintangan aku hadapi di IPG , Alhamdulillah dapat juga aku teruskan hingga habis kuliah...lega nya.....hati ni meronta2 nk balik...barang2 kat hostel malas betul nak angkat...malam tadi dah kemas barang ...so memang penat giler...tak pernah aku tido nyenyak kat IPG.. boleh pulak malam tadi tido lena..pehhhhh...syok...hari ni hubby datang...rindunye...ok lah..masa untuk belajar... chilll...
Wednesday, 14 December 2011
Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah....semuanya selamat....lepas cuti sakit selama 2 hari baby semakin ok...risau sungguh hati ni bila baby tak bergerak...Nasib baik ada rakan-rakan yang memahami terus bawa ke klinik...kebetulan dr. Marina pun ada...tak yah dah nk ambik2 nombor..terus je ke bilik beliau ( wah..special le plak )... Masa tengok jantung baby ok tapi masih tak bergerak...Dr. suruh pegi ke GH ke bahagian kecemasan tapi tak nak..aku rest je..Nasib baik Dr. ok..so aku rest je dulu...dah petang baby mula bergerak..Alhamdulillah...dia penat agaknya...sori ye sayang...mama terlalu lasak...mama betul2 risau..papa macam nak marah mama je sebab tak dengar kata..tapi papa jenis cool down so dia cuba bersikap profesional...sayang papa...mama ada klas ni..bawa baby skali..kita blajar sama2 ye...jom...
Subscribe to:
Posts (Atom)