Sunday 30 October 2011

Kenduri Kahwin

Hari ni aku pegi majlis perkahwinan sahabat masa sekolah rendah dulu ( SK Paya Dalam , Melaka ) Sakeena Nordin di Dewan Bistari Air Keroh..cantik sungguh pasangan pengantin..smoga mereka berbahagia slamanya...masa g 2 sempat la jgk jumpa kwn2 lama..2 pun nasib baik Elya cal coz nmpak aku n hubby kluar dewan..terpaksa la aku patah balik jumpe diorg..lama betul x jmpe..lain betul wajah masing2..anyway..aku pun xla lama sgt kt majlis 2 sebab aku dah mula pening kepla so aku pun ajak hubby balik..sebelum terjadi ape2 kat aku baik aku berangkat dulu...calooooo......

Wednesday 26 October 2011

Pitam

Alhamdulillah...kandungan dah masuk 3 bulan stengah... ragam masa pregnant ni makin lama makin teruk lak... asik nk pitam jek...kat kelas je dah bape kali aku pitam...driving  nak balik rumah aku kuat kan hati je... minta2 la selamat sampai... kepala ni rasa macam ade batu...betul2 tak boleh tahan...tapi ku cekalkan hati supaya dapat menempuh dugaan..semoga semua nya selamat...perjalanan yang jauh jugak salah satu faktor yang membuatkan aku pening..nak balik  kampung punyalah bercinta...nasib baik aku memiliki suami yang cukup memahami... I Luv U sayang... Thanx for everything..

                    

Sunday 23 October 2011

Demam Bola

Last week aku ngan hubby g STAR Paroi tgk perlawanan suku akhir antara team N9 vs Felda United... n of course la N9 menang..hehhee...n last nite tgk separuh akhir antara N9 vs T-Team...dan seperti yang dijangka N9 akhirnya ke perlawanan akhir...Final x g le plak coz x sanggup nak jalan jauh...mabuk pulak kang...naye jek..hubby duk melayan je karenah aku...huhuuu..Thanx sayang...Adik2 ipau ku jugak turut serta.. sporting habis...kelakar pun ade...klu ade event cmni n pergi dengan sibling memang seronok kan...chill....

Saturday 8 October 2011

Mabuk

Sampai je rumah semalam terus je muntah....tak leh jalan jauh dah aku ni...teruk sangat mabuknye..sampai aku sendiri pun tak tahan..hubby aku driving pun dah macam tak tentu arah..risau agaknye..kete dah bau minyak..dalam kepala fikir cepat la sampai..tak boleh tahan wooo...Sian hubby,die drive sebaik mungkin untuk cepat tiba ke destinasi...lepas ni,jarang2 la aku berjalan jauh..lepas bersalin sok balas dendam la..heheehhe...

Friday 7 October 2011

bajet 2012


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam adalah yang terbaik pernah dibentangkan selama ini.
Beliau berkata, belanjawan itu mencakupi semua bidang selain menyentuh hati semua peringkat rakyat sama ada petani, nelayan, pesara, pegawai kerajaan dan sebagainya.

“Tahniah kepada Perdana Menteri, selaku Menteri Kewangan dan saya sifatkan ia terbaik yang mungkin belum pernah dibentangkan sebelum ini.

“Apa yang kita dengar tadi (semalam) mencakupi semua bidang. Justeru, saya sifatkan belanjawan ini memberi perhatian kepada semua rakyat di negara kita,” katanya pada sidang media, di Lobi Parlimen, semalam.

Muhyiddin berkata, dalam situasi ekonomi sekarang bukan mudah untuk kerajaan membentangkan belanjawan yang seimbang.

“Tetapi dalam belanjawan ini, Perdana Menteri dapat bentang belanjawan yang seimbang iaitu dalam keadaan sama masih mampu untuk meneruskan pertumbuhan sasaran 5.5 peratus tahun depan dan dalam keadaan sama mengurangkan deposit kepada 4.7 peratus.


“Jadi nak seimbang keduanya bukan mudah, tapi Alhamdulliah telah berhasil dilaksanakan dalam belanjawan ini,” katanya.

Muhyiddin berkata, dalam belanjawan itu dan menjadi perhatian utama ialah untuk mengurangkan beban rakyat di pelbagai peringkat.

“Contoh dalam menangani masalah inflasi di peringkat mikro dan langkah yang dikemukakan adalah ia memberi bantuan RM500 kepada setiap isi keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000 membabitkan RM1.8 bilion dan menyentuh lebih 3.4 juta isi rumah.

“Dan jaminan kerajaan untuk beri subsidi RM33.2 bilion iaitu satu manifestasi kita untuk bantu rakyat dan kedai rakyat 1Malaysia akan diteruskan manakala bilangannya akan ditambah,” katanya.

Yang lg best...

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kira-kira 1.2 juta penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan apabila perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 sehingga RM320 setahun mengikut gred ekoran ia tidak pernah disemak sejak 1991.
Bagi pesara pula, beliau berkata, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen melibatkan peruntukan RM600 juta dan mulai tahun 2013 kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
Di dalam bajet kali ini, Najib turut mengumumkan had umur baru bagi persaraan wajib iaitu daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.
“Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru,” ujar Perdana Menteri.
Selain itu, Najib juga mengumumkan bayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan awam yang akan dibayar pada bulan Disember ini selain bayaran khas RM500 kepada semua pesara kerajaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, penyelarasan gaji serta kenaikan kadar kenaikan gaji tahunan itu merupakan salah satu daripada empat elemen Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mula diperkenalkan dalam bajet tahun ini.
“SBPA merupakan satu sistem saraan baru yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan ia digubal dengan bermatlamat mentransformasi Perkhidmatan Awam Malaysia supaya ia menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi,” ujarnya.
Menghuraikan lebih lanjut tiga elemen lagi di dalam SBPA, Perdana Menteri berkata, kenaikan gred berdasarkan time-based (tempoh perkhidmatan) bagi guru akan dikurangkan daripada tahun ke-10 kepada tahun kelapan perkhidmatan.
Beliau berkata, ini bermakna seorang guru akan berada pada gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16.
“Jika mengikut time-based sekarang ia memakan masa 10 tahun tetapi di bawah SBPA ia hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja,” katanya lagi.
Satu lagi elemen yang terdapat di dalam SBPA, beliau berkata, gaji maksimum dalam gred ditingkatkan lebih 30 peratus.
“Sebagai contoh di dalam SSM bagi seorang guru gred DG48 gaji maksimumnya adalah RM6,325.39 tetapi di dalam SPBA gaji maksimum akan meningkat 37.7 peratus. Dengan pertambahan itu jumlah gaji maksimum yang baru ialah RM8,710,” ujarnya.
Ujar Najib elemen terakhir di dalam SBPA ialah wujudnya dasar pemisah atau ‘exit policy’ bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan bagi mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.


My turn

Hari ni turn aku pulak ke kelas kak Zuriah...merakam video aktiviti kanak-kanak... Bagus betul anak murid kak Zu..Hari Sabtu pun boleh datang...Alhamdullillah..sumenye berjalan dengan lancar..settle je rakam,terus je berkemas nak pegi ke rumah kak Zu..Tapi masa keluar kelas tu,hubbyaku ternampak pulak something kat tepi kelas..dah lama aku cari baru hari ni aku ketemu...Rupa-rupanya buah Delima..yummyyyyy.....rezeki aku ni..dapat jugak aku buah delima...ari hari tu cari tak jumpa2..akhirnye ketemu jua..ni dh smpai umah kak zu..kak zu pegi kenduri le plak..akunk membuta jap...penat la katakan...zzz....zzz.....

                                  

Thursday 6 October 2011

Kerja Kursus

Hari ni my luvly fren kak zuriah datang ke klas aku..jauh die datang..dari Palong ke Nilai...Dulu dekat je..ke Melaka..ape leh wat..nak siapkan kerja kursus punya pasal..Siap jugak kami merakam video aktiviti kanak-kanak yang telah kami rancang di kelas.Alhamdullillah,berjalan dengan lancar..xde le plak budak2 ni wat hal..elok je perangai...(nasib baik )..pasni turn aku plak ke Palong merakam video aktiviti kak Zuriah plak..hope sumenye berjalan dengan lancar...Pening nak rakam video je ni..huhuuuu....Cepat la siap kerja kursus ni....xlarat nk ngadap la...ayayaii...

Wednesday 5 October 2011

Jumpa Doktor

Alhamdullillah...Usia kandungan ku sudah masuk 3 bulan...rutin berjumpa doktor sudah lama bermula...aku yang dulunya seorang yang tak suka ke klinik or hospital akhirnya terpaksa juga menjalani rutin sebegini..( padan muka )...Dan selama kandungan ini juga aku dah lama xjengah ke dapur ( mabuk la )...sian hubby ku..terpaksa melayan karenah ku...hubby ku bekerja so die pun penat..so sebagai penyelesaian kepada masalah ku adalah makan di luar..( ape bleh buat )..aku dh cuba ke dapur..paksakan diri tapi akibatnya..melepek la aku sampai ke malam...(teruk plak rasanya mabuk ni rupanya..)dengan penuh kasih sayang suami ku memahami keadaan ku dan tidak pula merungut..( Alhamdullillah)..hubby juga seorang peneman yang setia yang sentiasa menemaniku ke mana saja even ke klinik..( muahh..luv u syg ..agaknye sume hubby cmtu kot..heheh..)..mungkin kerana kes aku bleeding ari 2 kot..risau agaknye..aku ni xkuat agaknye so doc sarankan supaya aku kurangkan kerja or aktiviti berat..huhuuu..(baik boss )..Ubat semakin bnyk nk dimakan..ayoyo..sabar je la...Insyaallah..Lepas ni aku akan lebih berhati-hati lagi...so.pray 4 me k..chilll.....