Saturday 6 August 2011

Shahir bersara awal,mahu berdakwah

Dui hai baru beberapa gosip melanda, Shahir AF8 sepertinya sudah tewas. Nak bersara dari dunia seni atau berhenti menyanyi. Mungkin sebab tak tahan sangat-sangat dengan penganiyaan dan penindasan terhadap dirinya. Sifat cekal Shahir sepertinya luntur dan tidak dapat menahan situasi yang melanda. Sebagai anak seni, mestilah berani menghadapi risiko, sebab apa-apa bidang pun ada juga risikonya. Kalau jadi artis, risiko pun tetap ada. Cuma kita harus pandai menguruskan risiko itu ke tahap minimum.

Namun bagi peminat Shahir terutama Shahir Fan Club (FC)., usahlah bersedih, korang doakan yang terbaik untuk Shahir, walaupun dia nak tinggalkan dunia seni, tetapi nyanyiannya tetap di hati kamu. Berita baik bagi peminat Shahir, walaupun Shahir tidak muncul sebagai seorang artis lagi selepas ini, namun Shahir akan muncul seperti Sham Kamikaze (seorang artis yang kini mendekatkan diri dengan jalan Allah), korang faham-faham jerk ler yer. :)


No comments:

Post a Comment